Saturday 23 March 2013

Orang Kata............

"Hang tau dak... Jenab dah nikah dengan Mahat kat Golok nun! Mak Jenab tak mau Mahat jadik menantu dia! Mahat tu laki orangg!!" kata Minah pada Kiah.



"Ya kaaa??? Hang mana tau Minah?? Hang tak baik sebaq citaa..." tanya Kiah.

"ORANG KATA.... aku sampaikan ja... Bohong dia, bohong la aku!" jawah Minah dengan yakin!

Haa... tu dia!! Dialog tu memang selalu sangat kita dengar betul tak? Bila tanya "mana kau tau?" jawapan klise bagi si penyampai "dia kata" "orang kata" "si polan cita".. Jarang nak dengar dia cakap "tuan badan sendiri ckp dengan aku" "aku ada kat situ sekali" "aku saksi"...

Tau kenapa dia cakap camtu?? Sebab nak mengelak dari dipersalahkan. Tanpa dia sedar cerita asal akan ditambah dengan perisa dan segala macam perasa! Bila kena serang dia akan cakap "ehh aku tak tau..dia yang cakap" ..

orang kata lah kan.....

Apa cerita yang kita dengar, kita dapat, kita kena tapis dulu, siasat kesahihan cerita. Jangan terus masuk dan terima. Kelak teruk kita. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Selalu aku tengok orang kena serang sebab benda macam ni.

So, kena berhati-hati dengan cerita dari mulut ke mulut. Kena tapis cerita yang diterima. Kena siasat kesahihan cerita yang diberi... :)

p/s : "orang kata..bohong dia bohonglah aku.." kena tambah ayat hujung die "masuk neraka dia, masuk neraka jugaklah aku.." *peace*

XoXo,
GadisDebab

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...